Tuesday, March 20, 2012

Esok harinya .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Ya Allah, berikanlah insan yang bernama Muhammad Syukri bin Abdul Samad keputusan SPM yang cemerlang esok. Berikanlah keputusan yang dia inginkan . Hanya Kau yang maha mengetahui apa yang tersirat di sebalik takdirmu. Berikanlah pencapaian yang terbaik untuk calon-calon SPM 2011 smkbm yang bakal mengambil keputusan esok. Amin~ 

Masa pantas berlalu . Kita kian dihambat hari yg mendatang . Tarikh keranat 21mac2012 MESTI ditempuh . risau ? gementar ? berdebar ? huh , Perasaan hati kian bercamcpur baur . Hanya tuhan yg maha satu saja mengerti hati ini . Tenang , tenang dan tenang . Tenang lah wahai hati , Tenang lah wahai minda . Tidur tidak lena , makan tak lalu tatkala memikirkannya . Memikirkan masa depan dan hala tuju setelah peroleh keputusannya nnti . 



 “Ya Allah, macam manalah keputusan aku nanti? Baik ke tidak ?”
           “Aku nak sambung mana nanti lepas dapat keputusan ye?”

Kadang-kadang hendak menunggu dalam sehari ni pun, bahkan nanti 1 jam sebelum keputusan keluar pun dirasakan seolah-olah begitu lama sekali. Sedangkan dengan 1 jam yang sama, kita boleh main bola atau buat apa-apa saja dalam keadaan kita rasa 1 jam itu belum cukup sebenarnya. Kenapa? Kerana jiwa kita saat ini sedang resah, takut dan risau. Debaran hati semakin memuncak-muncak.
Satu perkara , ya satu perkara yang kita tak boleh lupa . ALLAH sentiasa bersama kita . Satu perkara yang aku rasa senantiasa bahagia adalah kerana aku percaya bahawa Allah sentiasa ada bersama hambanya . Maka segala gundah gulana dalam jiwa kadang kala hilang begitu saja . 
Firman Allah dalam surah Al-Imran yang bermaksud :
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” [Al-Imran : 159]
Aku sudah berusaha , Aku sudah berusaha, Aku sudah berusaha  ! ya , aku percaya pada diriku . Sekarang apa lagi ? TAWAKAL ! 
Apa pun keputusannya , aku terima . Moga diharapkan keptusan SPM yg terbaik utk driku pada hari esk . Tiada siapa yang menginginkan kesedihan apabila keluarnya keputusan nanti . Sebaliknya semua meninginkan kejayaan ! Kepada semua calon SPM 2011 , selamat menempuh hari esk dgn cekal . Apa pun keputusannya , trima dgn penuh kesyukuran . Insyaallah , rezki kalian ada dimana mana .  GOODLUCK !
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Aku berlindung di bawah kalimah-Mu yang indah. Aku berserah pada takdir-Mu yang sudah Engkau tentukan sejak Loh Mahfuz lagi. Aku mohon pada mu Ya Allah berikanlah aku dan kawan-kawanku keputusan SPM yang cemerlang. Aku mohon pada-Mu, Ya Allah. Titiskan lah air mata aku dan rakan2 sebagai air mata kegembiraan. Semoga dengan keputusan kami yang cemerlang ini dapat kami membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami. Sekurang-kurangnya engkau berikanlah keputusan SPM yang aku impikan. Hanya pada mu aku bersujud, hanya pada mu aku berdoa dan hanya pada mu aku berserah . kerana engkau tuhan yg maha satu . Makbulkan lah doa ku ya Allah . Aminnnn "